Dalam
memenuhi syarat penganugerahan Diploma Politeknik setiap pelajar rangkaian
komputer Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin perlu menjalani satu Program Latihan
Industri yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Latihan Industri PTSS. Setiap pelajar akan mengikuti latihan
di semua sektor yang berkaitan. Baik di sektor awam atau swasta ianya
bergantung kepada kesediaan Jabatan atau Firma untuk menerima pelajar menjalani
latihan industri mengikut kursus yang diambil untuk pelajar.
Tujuan
utama latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam
pekerjaan yang sebenar dan secara tidak langsung ia juga dapat menghubungkan
latihan akademik secara formal Politeknik dengan latihan amali apabila pelajar
telah tamat pengajian melangkah ke alam pekerjaan kelak. Dalam pada itu juga,
pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh secara teori mereka berkaitan
dengan apa yang diperoleh di dalam kuliah.
Walaupun
begitu, tidak dapat dinafikan bahawa apa yang dilakukan semasa menjalani
latihan industri tidak semestinya sama dengan apa yang di pelajari di
Politeknik. Dengan ini ianya dapa menilai inisiatif pelajar apabila diberi
suatu tugas yang tidak selaras dengan tugas yang diambil
Melalui
latihan industri juga, pelajar dapat meningkatkan kemahiran serta menambah
kecekapan berkomunikasi dengan majikan dan rakan-rakan sekerja. Menambah
keyakinan pelajar dalam berperanan sebagai seorang jurutera di dalam situasi
kerja sebenar. Oleh itu, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Latihan Industri ini
adalah memang berguna dan perlu sebagai persediaan sebelum menempuh alam
pekerjaan nanti.
No comments:
Post a Comment