KESIMPULAN
Sepanjang
latihan industri dijalankan di Nurfaq Movies Entertainment. Terdapat pelbagai
keadaan yang telah saya lalui. Segala tugasan yang telah dilaksanakan bertujuan
untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai seorang pekerja.
Apabila sudah didedahkan dengan situasi sebenar dunia pekerjaaan dalam bidang multimedia
ini ia membolehkan seseorang pelajar atau individu dapat memahami dan
mengetahui dengan lebih mendalam tentang bidang ini.
Semasa
program latihan industri dijalankan saya juga dapat mendisiplinkan diri dalam
menepati waktu kerja yang telah ditetapkan iaitu dari jam sembilan pagi hingga
jam lima petang. Saya juga dapat merasai
suasana kerja yang sebenar dan ini akan dijadikan pengalaman yang berguna
apabila pelajar memasuki alam pekerjaan nanti. Selain itu, saya juga dilatih
untuk bekerjasama dalam melakukan tugasan bersama-sama tersebut seperti
mendapatkan pandangan mereka, bertanyakan sesuatu yang tidak difahami serta
melakukan kerja-kerja secara berkumpulan.
Umumnya,
dunia pekerjaan merupakan sesuatu yang menyeronokan walaupun ianya mencabar.
Pelbagai tanggungjawab dan tugas yang perlu digalas oleh seseorang apabila
telah diamanahkan. Walaubagaimanapun, ia sesuatu yang baru apabila diberi
peluang yang amat berharga dan berguna untuk seorang pelajar dalam bersiap
sedia untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar.
Secara
keseluruhannya, latihan industri ini sangat penting bagi mahasiswa dan
mahasiswi dalam menyediakan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi
dunia pekerjaan yang penuh onak duri. Bukan itu sahaja, melalui pengalaman
menjalani latihan industri ini membolehkan seorang pelajar menyesuaikan diri
dengan persekitaran dan orang ramai. Ia juga dapat melatih seorang pelajar
menjadi lebih matang dalam melaksanakan sesuatu kerja.
No comments:
Post a Comment