1.3 OBJEKTIF LAPORAN


Setelah tamat menjalani Latihan Industri di sesebuah firma, setiap pelajar diwajibkan menyediakan satu laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Tujuannya adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan latihan yang telah dijalankan oleh setiap pelajar sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.
 Laporan ini perlu dibuat kerana ianya merupakan satu dokumen yang penting untuk dijadikan bahan bukti terhadap latihan yang telah diikuti. Ini merupakan satu cara mendokumentasikan segala aktiviti yang dijalankan sepanjang menjalani latihan. Ia juga dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk temuduga kelak.
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah yang berkaitan setelah para pelajar kembali mendaftar untuk semester yang seterusnya. Laporan yang telah disediakan ini mestilah difahami oleh pensyarah yang akan membuat penilaian serta rujukan terhadap laporan ini.

No comments:

Post a Comment