BAB 6

DAPATAN DAN CADANGAN

Sepanjang latihan industri ini dijalankan di Nurfaq Movies Entertainment terdapat pelbagai masalah yang telah dihadapi tetapi setiap masalah mempunyai penyelesaiannya tersendiri. Oleh itu, setiap masalah yang dihadapi dapat di atasi dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh pengurus syarikat ini. Kesilapan sering berlaku apabila kita berada dalam suasana yang baru. Sehubungan dengan itu, ia merupakan pengalaman yang sangat menarik dan penuh dengan pengajaran sebagai seorang pelajar praktikal di Nurfaq Movies Entertainment.
Setelah berakhir berkhidmat sebagai pelajar praktikal di Nurfaq Movies Entertainment terdapat beberapa dapatan dan cadangan yang ingin saya berikan supaya syarikat ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti agar menjadi contoh kepada syarikat di negeri-negeri lain. Setiap perkara yang dilakukan oleh manusia pasti ada kelemahannya dan memerlukan teguran dan cadangan yang perlu diterima untuk memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa untuk mencapai tahap kesenangan dan kemudahan orang disekeliling.
Terdapat dapatan yang ingin dikemukakan, iaitu tentang ruangan kerja yang kecil. Ruangan kerja yang kecil akan menyukarkan perkerja dalam melakukan kerja dan akan berlaku kecurian atau sebaliknya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan cadangan atau idea yang mungkin boleh membantu pihak syarikat pada masa yang akan datang. Berdasarkan dapatan yang telah dikatakan, ruangan kerja perlu diperluaskan lagi supaya tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Oleh itu, saya berharap agar pihak syarikat dapat menerima dan mengambil tindakan yang sewajarnnya atas cadangan yang telah dikemukan. Ini merupakan salah satu cara untuk memajukan lagi syarikat ini setaraf syarikat multimedia di negeri-negeri lain dan akan mempunyai sistem pengurusan yang lebih baik dan bersistematik. Selain itu, syarikat ini juga akan dapat mempertingkatkan mutu dan kualiti perkhidmatannya.

No comments:

Post a Comment