Para
pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus di mana-mana Politeknik haruslah
menjalani latihan industri dalam tempoh masa yang ditetapkan salah sebuah firma
yang terpilih oleh para pelajar dan telah mengadakan perjanjian persefahaman
dengan pihak politeknik.
Latihan
industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas pelajar politeknik
sebelum melayakkan untuk penganugerahan diploma daripada pihak politeknik.
Setiap pelajar mestilah lulus dalam menjalani latihan industri sebelum
dibenarkan memasuki semester seterusnya. Antara latihan industri adalah seperti
berikut :
i. Membina personaliti individu yang positif.
ii. Melatih kemahiran berkomunikasi.
iii.
Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
iv.
Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan.
v. Mempelajari cara menghasilkan laporan harian
latihan industry.
Oleh
itu, tidak dapat dinafikan bahawa Latihan industri sebenarnya penting untuk
menilai sejauh mana kebolehan yang ada pada diri pelajar. Sekaligus membentuk
persediaan kepada pelajar untuk menghadapi realiti sebenar apabila menempuhi
alam pekerjaan nanti.
No comments:
Post a Comment